Portal Rasmi Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu
 
Web This Site
A-- A++

Pengenalan Kepada Jabatan Pendidikan Khas

Jabatan Pendidikan Khas (JPK) telah diwujudkan di IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan pada 2 Januari 2008. Pada ketika itu jabatan ini mempunyai 11 orang pensyarah, seorang Guru Prasekolah dan seorang Pembantu Murid Prasekolah yang diterajui oleh seorang Ketua Jabatan. Pada ketika itu jabatan ini mempunyai tiga unit berdasarkan program kursus yang dikendalikan, iaitu Unit Pendidikan Khas, Unit Pendidikan Pemulihan dan Unit Pendidikan Prasekolah. Unit-unit ini diketuai oleh Ketua Unit masing-masing iaitu Ketua Unit Pendidikan Khas, Ketua Unit Pendidikan Pemulihan dan Ketua Unit Pengajian Prasekolah.

 

Bermula pada tahun 2011, berlaku satu rombakan di dalam organisasi Jabatan Pendidikan Khas di mana Unit Pendidikan Prasekolah telah dipindahkan secara rasminya ke Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP). Perpindahan unit ini ke JIP juga menyebabkan dua orang pensyarah dari jabatan ini telah dipindahkan ke JIP berdasarkan kepakaran. Sementara itu dua unit yang asal iaitu Unit Pendidikan Khas dan Unit Pendidikan Pemulihan masih kekal berada di bawah kelolaan jabatan ini. Kedua-dua unit ini diketuai Ketua Unit masing-masing. Pada sesi pengajian 2012, bilangan pensyarah di jabatan ini ialah seramai 9 orang. Jabatan ini telah mengendalikan beberapa kursus secara sepenuh masa dan kursus dalam cuti (KDC) dalam bidang Pendidikan Khas dan Pendidikan Pemulihan melibatkan PPISMP, PISMP, KDP, GSTT, PLKSP, DPLI dan KPLI,PR dan PKPG.

 

Bagi meningkatkan tahap keprofesionalisme jabatan, ahli-ahli jabatan telah bersepakat membina suatu visi dan misi jabatan. Visi jabatan ini ialah “Jabatan Pendidikan Khas di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu unggul meneraju kecemerlangan pendidikan guru Pendidikan Khas dan guru Pendidikan Pemulihan yang memenuhi aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia”. Jabatan ini juga telah menggarap misi berikut iaitu “Melaksana program pendidikan untuk melahirkan guru Pendidikan Khas dan guru Pendidikan Pemulihan yang profesional, kompeten dan berwatak, yang bersedia menjunjung aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia serta menyanjung warisan budaya negara”. Setelah beberapa tahun melaksanakan program pendidikan di bawah payung IPG Kampus Kota Bharu, jabatan ini telah berjaya melahirkan ramai graduan yang mempamerkan potensi dan pencapaian yang cemerlang.

Dengan kekuatan ahli tersebut, JIP menawarkan dua subjek minor dan beberapa subjek teras. Subjek major yang ditawarkan ialah pendidikan prasekolah dan pengajian bimbingan dan kaunseling. Manakala subjek-subjek teras ialah Pengantar Pendidikan, Teras Kemahiran Berfikir, Teknik Kemahiran Belajar, Kemahiran Kecerdasan Emosi, Falsafah Pendidikan, Perkembangan Kanak-Kanak, Murid dan Alam Belajar, Budaya Pembelajaran, Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak, Asas Kepimpinan dan Pendidikan dan Guru dan Cabaran Semasa.

PAUTAN PILIHAN

DASAR DAN HAK CIPTA

Penafian:

Pihak Pentadbiran Laman Web IPGKKB tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan penggunaan
mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai agen kepada atau laman
ataupun syarikat yang dipautkan ataupun disyorkan oleh sistem ini.

-Hak Cipta Terpelihara IPGKKB 2012-